Thursday, February 17, 2011

AKTIVITI KELAB KELUARGA 2011

Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah merangka beberapa aktiviti bagi tahun 2011 ini. Diantara program-program yang telah dirangka itu adalah :-

Kegiatan Biro Sukan:

1. Kejohanan Karom & Congkak Tertutup
Kejohanan ini akan diadakan pada 26 Mac 2011 bertempat di Dewan EDC, Tingkat 3 Kompleks Teruntum. Ianya terbuka kepada kesemua ahli Kelab yang berminat.

2. Kejohanan Bowling Tertutup
Kejohanan tahunan ini diantara kejohanan yang dinantikan oleh kebanyakkan ahli kelab. Ianya akan dilangsungkan pada bulan April 2011 nanti. Tarikh sebenar bergantung kepada kekosongan di Premium Lanes, Kuantan.

3. Kejohanan Futsal Tertutup
Kejohahan ini akan diadakan pada 14 Mei 2011 di Plaza Futsal, Kampung Tiram, Indera Mahkota.

4. Kejohahan Badminton Tertutup
Juga antara kejohanan yang sering mendapat sambutan oleh ahli kelab. Ianya akan diadakan pada 23-24 Julai 2011.

5. Bagi pemain-pemain Golf pula, Kejohanan Golf Tertutup PKNP ini akan juga diadakan. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak.

Disamping itu juga, kelab ada menjalankan kelas-kelas agama pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat bertempat di Tingkat 3 jam 1.00 petang hingga 2.00 petang.

0 comments: