Aktiviti pertama Biro Sukan telah pun dilaksanakan pada 14 dan 15 Februari yang lalu bertempat di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang. Pertandingan tahunan ini mendapat sambutan yang menggalakan dan juga disertai oleh Presiden Kelab iaitu Tuan Haji Ahmad Sabri Hussin.
Acara sukan lain yang akan di jalankan adalah seperti berikut :-
Kejohanan Boling 2009
Kejohanan ini bakal diadakan pada 7 dan 8 Mac nanti. Kejohanan ini akan dijadikan platform bagi mencungkil bakat-bakat baru serta mengenalpasti pemain-pemain yang boleh diketengahkan bagi mewakili PKNP didalam kejohanan-kejohanan yang disertainya. Premium Lane bakal menyaksikan jaguh-jaguh boling PKNP berentap bagi membawa pulang piala pusingan yang telah disumbangkan oleh YH Dato' Haji Mohd Kharuddin bin Mohd Ali.
Kejohanan Boling Jemputan PKNP
Acara tahunan ini adalah suatu acara yang mendapat sambutan dari pihak luar. Acara yang akan diadakan pada bulan April nanti bakal menyaksikan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan di negeri Pahang beserta dengan Perbadanan Kemajuan Negeri yang lain. Megalanes menjadi lokasi dimana acara ini akan diadakan.
Kejohanan Karem & Congkak
Biro Sukan akan mengadakan kejohanan Karem dan Congkak pada 21hb Mei nanti. Kejohanan dwi-tahunan ini akan dijadikan pentas dimana bakat-bakat baru dapat menunjukkan skil masing-masing sambil mengeratkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain. Pertandingan ini akan berlangsung di bilik Seminar EDC di tingkat 3 Kompleks Teruntum.
Kejohanan Futsal
Ini adalah antara kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh para peminat futsal. Pertandingan ini akan diadakan di Plaza Futsal Kg Tiram pada 6hb November nanti.
Kejohahan Golf 2009
Bagi peminat-peminat permainan Golf, Kejohanan Golf 2009 akan berlangsung pada 5hb Disember 2009.
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan diatas masih belum dimuktamadkan. tarikh sebenar kejohanan akan diberitahu pada masa yang akan datang.

0 comments:
Post a Comment