Friday, February 13, 2009

AKTIVITI BIRO WANITA 2009

Biro Wanita Kelab Keluarga adalah merupakan antara biro yang aktif. Pelbagai aktiviti samada yang berunsur ilmiah maupun rekreasi telah disusun disepanjang tahun 2009 ini. Berikut adalah takwim aktiviti Biro Wanita Kelab keluarga Kumpulan PKNP bagi tempoh Januari 2009 hingga Disember 2009 :-
KELAS MENGAJI KAEDAH AR-RUH AL-AMIN

Kelas ini diadakan pada setiap hari Khamis iaitu dari jam 1.00 ptg hingga 2.00 ptg. Kelas ini di bimbing oleh Al Fadhil Ustaz Harmizi bin Hanafi. Bayaran dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap sessi.

KELAS TAFSIR AL-QURAN

Kelas yang di bimbing oleh Ustaz Azahari b De Rahman ini diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 1.00 ptg hingga 2 ptg. Bayaran yang dikenakan juga sebanyak RM50.00 setiap sessi.

KELAS FARDU AIN DAN MARHABAN

Kelas yang dianjurkan bersama dengan Tabung Khairat Kematian Kumpulan PKNP ini diadakan pada hari Jumaat dari pukul 12.30 tghari hingga 2.00 ptg. Ianya dibimbing oleh Ustazah Norhayati bte Ibrahim. Bayaran dikenakan juga adalah sebanyak RM 50.00 setiap sessi.

KELAS POCHO-POCHO

Kelas ini diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 5.30 ptg hingga 6.30 ptg. Kelas ini dikendalikan oleh Puan Norai'ni dan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00 setiap sessi.

PROGRAM SENAMROBIK

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program senamrobik ini, ianya diadakan pada setiap hari Isnin dari jam 5.30 ptg hingga 6.30 ptg. Kelas ini terbuka kepada lelaki dan wanita.


Selain dari aktiviti diatas, Biro Wanita juga mengadakan aktiviti-aktivit secara ad-hoc. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :-

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT

Majlis ini dicadangkan untuk diadakan tiga bulan sekali atau mengikut permintaan ahli.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Dicadangkan majlis ini untuk diadakan pada 13 Mac, 2009.

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Dicadangkan majlis ini untuk diadakan pada 17 Disember, 2009.

CERAMAH KESIHATAN

Ceramah yang adakan tiga bulan sekali ini akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah. Tarikh dan tajuk ceramah akan di beritahu kelak.



KELAS KESENIAN

Kelas ini merupakan kelas yang berkaitan dengan seni menggubah bagi hantaran, art & craft, jahitan dan sebagainya. Tenaga pengajarnya dan tarikh serta waktu akan diberitahu kelak.

KELAS MEMASAK

Kelas ini juga sedang dalam perancangan yang mana tenaga pengajarnya merupakan tenaga pengajar bebas yang bertauliah. Tarikh dan masa kelas ini akan di beritahu kelak.

KELAS DANDANAN /MEMBINA IMEJ

Kelas ini merujuk kepada cara-cara dandanan yang merangkumi pelbagai cara pemakaian tudung/busana dan membina ketrampilan diri dan sebagainya. Tarikh dan masa kelas ini akan di beritahu kelak.

Disamping itu juga, ada lagi aktiviti yang masih didalam peringkat rundingan seperti pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Ahli-ahli kelab amat digalakkan untuk menyertai aktiviti tersebut.

0 comments: