Berikut adalah beberapa aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2009.
Biro Wanita
Kursus asas jahitan manik akan diadakan pada bulan Januari nanti. Kursus ini akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dan terhad kepada 15 orang sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM 120.
Biro Wanita bersama-sama dengan Tabung Khairat Kematian PKNP akan menganjurkan kelas Marhaban. Tarikhnya akan dimaklumkan kelak.
Kelas agama mingguan juga akan diteruskan pada tahun 2009 nanti.
Biro Agama
Suatu Kem Kepimpinan Remaja akan diadakan pada tahun 2009 nanti. Tarikh dan tempat akan di maklumkan kelak.
Biro juga menjemput sesiapa yang ingin turut serta dalam Ibadah Korban untuk Aidil Adha 1430 Hijrah untuk mendaftar segera. Pihak Kelab akan mengadakan skim potong gaji bagi menggalakkan penyertaan. Sila berhubung dengan bendahari kelab atau wakil biro untuk maklumat lanjut.
Biro Pendidikan
Kelas UPSR bagi anak-anak ahli yang akan mengambil peperiksaan juga akan diadakan. Kelas ini hanya untuk matapelajaran Sains dan Matematik.
Biro juga bercadang untuk menganjurkan suatu lawatan ke Bandung pada bulan Jun 2009. Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan wakil biro.
Biro Kebajikan
Biro kebajikan memaklumkan akan sumbangan RM50.00 diberikan kepada ahli-ahli yang menginap di wad sakit mana-mana hospital kerajaan atau swasta. Bagi mendapatkan sumbangan ini, ahli hendaklah mengemukakan resit pembayaran atau surat discaj oleh hospital semasa tuntutan.
Sumbangan RM 50.00 juga diberikan kepada ahli-ahli yang mana anak-anak mereka akan mengambil peperiksaan bagi menghadiri kursus luar. Resit pembayaran hendaklah dikemukakan semasa membuat tuntutan.
Biro Sukan
Pelbagai aktiviti telah di rancangkan sepanjang tahun 2009. Pertandingan Badminton telah dirancang pada bulan Januari. Tarikhnya akan diberitahu kelak.
Bulan March pula akan diadakan pertandingan Kerom dan Congkak. Pertandingan Bowling pula dijangkakan akan diadakan pada bulan Julai dan Golf pula pada bulan September. namun begitu, tarikh sebenar acara-acara tersebut akan dimaklumkan kelak.

0 comments:
Post a Comment