Thursday, February 17, 2011

AKTIVITI KELAB KELUARGA 2011

Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah merangka beberapa aktiviti bagi tahun 2011 ini. Diantara program-program yang telah dirangka itu adalah :-

Kegiatan Biro Sukan:

1. Kejohanan Karom & Congkak Tertutup
Kejohanan ini akan diadakan pada 26 Mac 2011 bertempat di Dewan EDC, Tingkat 3 Kompleks Teruntum. Ianya terbuka kepada kesemua ahli Kelab yang berminat.

2. Kejohanan Bowling Tertutup
Kejohanan tahunan ini diantara kejohanan yang dinantikan oleh kebanyakkan ahli kelab. Ianya akan dilangsungkan pada bulan April 2011 nanti. Tarikh sebenar bergantung kepada kekosongan di Premium Lanes, Kuantan.

3. Kejohanan Futsal Tertutup
Kejohahan ini akan diadakan pada 14 Mei 2011 di Plaza Futsal, Kampung Tiram, Indera Mahkota.

4. Kejohahan Badminton Tertutup
Juga antara kejohanan yang sering mendapat sambutan oleh ahli kelab. Ianya akan diadakan pada 23-24 Julai 2011.

5. Bagi pemain-pemain Golf pula, Kejohanan Golf Tertutup PKNP ini akan juga diadakan. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak.

Disamping itu juga, kelab ada menjalankan kelas-kelas agama pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat bertempat di Tingkat 3 jam 1.00 petang hingga 2.00 petang.

Sunday, May 23, 2010

DIsekitar Mesyuarat Agung ke 12







MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP

Mesyuarat agung dwi tahunan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah diadakan pada 12 Mei 2010. Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru telah diadakan yang mana melibatkan keseluruhan AJK. Keputusannya adalah seperti berikut :

Presiden : Tuan Haji Ahmad Sabri Bin Hussin
Naib Presiden 1 : Tuan Haji Yub Bin Abd Ghani
Naib Presiden 2 : Encik Rahmat Bin Hussin
AJK : En Mohd Hadha Bin Haji Ahmad
: En Mohd Daud Bin Abdul Rahman
: En Mohd Ibrahim Bin Hashim
: Tuan Haji Hussin Bin Idris
: Tuan Haji Noor Fitri Bin Ibrahim
: En Baharuddin Bin Ismail
: Puan Wan Zaiton Wan Yahya
Pemeriksa Kira-kira 1 : Puan Siti Aishah Haji Moin
Pemeriksa Kira-kira 2 : En Mohd Rizal Bin Redzwan
Pemegang Amanah : En Rosli Bin Mahadi
: Puan Samiah Hj Shamsuddin
: Puan Arfah Hj Said


Pihak Kelab Keluarga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih.

Monday, August 10, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 1430 H/2009 M

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Biro Agama Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah menyediakan beberapa siri tazkirah bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Berikut adalah jadual ceramah yang bakal diadakan disepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Tarikh Penceramah Tajuk

3 Ramadhan Ust Mohd Termizi b. Hj Yahya Selamat Datang Ramadhan
24 Ogos SEK MEN AL-IRSYAD Al Mubarak
ISNIN


6 Ramadhan Ust. Mohd Rasmawi b. Harun Ramadhan Membawa Rahmat
27 Ogos JAIP
KHAMIS


11 Ramadhan Ust. Abd Kahar b. Abd Aziz Sakaratul Maut
1 September JAIP
Selasa


13 Ramadhan Ust. Nik Ibrahim b. Nik Abdullah Bagaimana Nasib Kita Di Akhirat
3 September MUIP
Khamis


18 Ramadhan Ust. Abd. Razak b. Abu Musa Zikrullah Dalam Kehidupan
8 September Ashaari
Selasa YAYASAN PAHANG


20 Ramadhan Ust. Nasharuddin b. Ngah Semoga Kita Di Ampuni Allah
8 September PEJ AGAMA ISLAM KUANTAN
Khamis


24 Ramadhan Ust. Badrul Huzaini b. Mohd Yusof Jangan Di Ulangi Kesilapan
14 September NADWAH ISLAMIAH PAHANG Yang Lalu
Isnin


27 Ramadhan Ust. Zawavi b. Zainal Abidin Bagaimanakah Puasa Kita /
17 September KIPSAS Salam I'dul Fitri
Khamis

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS ILMU YANG TELAH DISEDIAKAN INI

Sunday, July 12, 2009

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PKNP


Kelab Keluarga Kumpulan PKNP akan mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup pada 2hb Ogos 2009 ini bertempat di Premium Lanes, Tingkat 4 Kuantan Plaza. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

1) Terbuka
2) VIP
3) Berkumpulan Lelaki
4) Berkumpulan Wanita

Marilah kita meriahkan kejohanan kali ini.